Selasa, 30 Julai 2013

Takaful Etiqa - Karisma

Mulakan Perlindungan dan Simpanan Anda untuk Persediaan Hari Esok
Saat-saat bahagia yang dilalui bersama sememangnya indah. Oleh itu, untuk mengekalkannya adalah penting untuk anda menyediakan pelindungan bagi diri dan juga keluarga tersayang daripada situasi tidak diduga. Persediaan tersebut hanya boleh dikecapi sekiranya anda mempunyai simpanan yang teratur. Dengan pelan persediaan dan pelindungan yang teratur, anda bukan sahaja memberi jaminan masa depan untuk keluarga tersayang, malah turut melindungi mereka sekalipun anda telah tiada.

"Rata-rata rakyat Malaysia tidak mempunyai simpanan secukupnya. Malah, mereka tidak bersedia akan kepincangan kewangan sekiranya kehilangan pekerjaan atau di berhentikan. Menurut tinjauan terkini oleh Citi's Financial Quotient (Fin-Q) 2008, 12% daripada rakyat Malaysia memberitahu bahawa mereka tidak langsung menabung. Sekiranya seseorang kehilangan pekerjaan, tetapi dengan perbelanjaan tetap berterusan, seorang daripada lima responden menyatakan bahawa simpanan mereka hanya mampu bertahan selama empat minggu. Secara purata, rakyat Malaysia dilaporkan mempunyai peruntukan simpanan untuk 11 minggu"* *Sumber: The Star, 19 February 2009

Perlindungan Menyeluruh dengan Manfaat Jangka Panjang
Karisma ialah pelan Takaful yang menyediakan perlindungan dan simpanan. Ia juga memberikan anda Pembayaran Tunai sehingga 10% daripada jumlah Asas Dilindungi yang akan dibayar setiap dua (2) tahun sepanjang tempoh pelan. Dengan perlindungan fleksibel untuk Peserta dan Orang Dilindungi, anda boleh memilih tempoh perlindungan untuk 20 atau 30 tahun.

..........................................................................................................................................

Manfaat Utama


Manfaat Hidup
Nikmati Pembayaran Tunai tetap sehingga 10% daripada jumlah Asas Dilindungi pada akhir setiap dua (2) tahun Sijil sepanjang tempoh Sijil tersebut.

Tahun Sijil % Jumlah Asas Dilindungi
2 - 10 5%
12 - 20 7.5%
22 onwards 10%


Manfaat Kematian
Sekiranya berlaku kematian terhadap Orang Yang Dilindungi disebabkan faktor semula jadi atau akibat kemalangan, Jumlah Dilindungi, Perbelanjaan Pengebumian sebanyak RM1,000, berserta nilai terkumpul dalam Dana Pelaburan Peserta (DPP), termasuk sebarang keuntungan daripada pelaburan dana tersebut (jika ada) akan dibayar sekaligus.


Manfaat Hilang Upaya Menyeluruh dan Kekal (HUMK)
Sekiranya HUMK berlaku terhadap Orang Dilindungi sebelum usia 65 tahun, Jumlah Dilindungi termasuk nilai terkumpul dalam DPP, termasuk sebarang keuntungan daripada pelaburan dana tersebut (jika ada) akan dibayar.Jika Jumlah agregat yang Dilindungi mencapai sehingga RM1 juta, ia akan dibayar sekaligus. Jika Jumlah Dilindungi melebihi RM1 juta, maka baki Jumlah dilindungi akan dibayar satu (1) tahun selepas pembayaran pertama dilakukan, tertakluk pada terma dan syarat yang dinyatakan dalam kontrak Sijil.


Manfaat Matang
Sekiranya Orang Dilindungi masih hidup sehingga akhir tempoh Takaful, nilai terkumpul dalam DPP termasuk keuntungan daripada pelaburan dana tersebut dan Dana Pelaburan Peserta (jika ada), yang telah di peruntukkan kepada Peserta akan dibayar.


Perlindungan Fleksibel
Lebih fleksibel untuk menambah perlindungan dengan pilihan rider untuk Orang Dilindungi dan Peserta. Rider untuk Orang Dilindungi Kematian dan Hilang Upaya Akibat Kemalangan Manfaat Kematian atau Hilang Upaya Akibat Kemalangan.

.........................................................................................................................................

Rider untuk Orang Dilindungi

Indemniti Kemalangan
Indemniti kemalangan untuk kematian atau HUMK, Hilang Upaya Separa Kekal (HUSK), Hilang Upaya Menyeluruh Sementara (HUMS) (mingguan), belanja pembedahan dan perubatan. Indemniti berganda tertakluk pada klausa

Penyakit Kritikal
Manfaat tambahan selepas didiagnosis menghidapi mana-mana 36 jenis Penyakit Kritikal.

Pengecualian Sumbangan untuk Penyakit Kritikal
Sumbangan akan datang di kecualikan selepas didiagnosis menghidapi mana-mana 35 jenis Penyakit Kritikal.

Manfaat Tunai di Hospital
Manfaat Tunai Harian jika anda dimasukkan ke hospital.

"Medic Save"
Pelan Hospital dan Perubatan.

Rider Bertempoh
Perlindungan tambahan akibat Kematian dan HUMK

Kekerapan Tambah Nilai
Kemudahan untuk menambah nilai pelaburan.

...................................................................................................................................

Rider untuk Peserta


Pengecualian Sumbangan untuk Rider Penyakit Kritikal (Pembayar)
Sumbangan akan datang di kecualikan selepas didiagnosis menghidapi mana- mana 35 jenis Penyakit Kritikal.

Pengecualian Sumbangan untuk Kematian dan HUMK
Sumbangan akan di kecualikan untuk Kematian dan HUMK.

Rider Bertempoh (Pembayar)
Perlindungan tambahan akibat Kematian dan HUMK.

Manfaat Pendapatan Keluarga
Manfaat bertempoh akan dibayar secara tahunan di atas tempoh baki rider.
.........................................................................................................................................

Ciri-ciri Utama


Umur Layak Penyertaan*
Minimum: 14 hari
Maksimum: 55 tahun

Had Umur Peserta/Pemilik Sijil*
Minimum: 19 tahun
Maximum: Tiada umur maksimum

Had Umur Matang*
Maximum: 85 tahun

Tempoh Yang Ditawarkan 20 atau 30 tahun

Jumlah Dilindungi Minimum: RM 12,500
Maksimum: Tertakluk kepada Penaja Jamin

Sumbangan Minimum Tertakluk pada Jumlah Minimum Dilindungi

Kaedah Pembayaran Bulanan, Suku Tahunan, Setengah Tahunan atau Tahunan

*Umur pada hari lahir berikutnya

2 ulasan:

  1. Ingin mengetahui lebih lanjut dan berhasrat untuk menyertainya
    call Mohd Faridul Asraf 0195411520
    facebook account: https://www.facebook.com/asraf.mfa

    BalasPadam
  2. Mohd Faridul Asraf ialah ejen takaful etiqa cawangan ipoh. Dan jika anda/pembaca berminat menyertai Takaful Etiqa sila hubungi beliau untuk penerangan lebih lanjut. Untuk pembaca blog ini khasnya dari Bandaraya Ipoh atau amnya dari Negeri Perak, temujanji akan dilakukan untuk pemahaman yg lebih luas tentang produk2 Takaful Etiqa.
    H/P no 0195411520

    BalasPadam