Ahad, 29 September 2013

Tanda-Tanda Kiamat

Hudzaifah bin As-yad al-Ghifary berkata, sewaktu kami sedang berbincang, tiba-tiba datang Nabi Muhammad s.a.w. kepada kami lalu bertanya, “Apakah yang kamu semua sedang bincangkan.?”Lalu kami menjawab, “Kami sedang membincangkan tentang hari Kiamat.” Sabda Rasulullah s.a.w.“Sesungguhnya kiamat itu tidak akan terjadi sebelum kamu melihat sepuluh tanda :-

· Asap
· Dajjal
· Binatang melata di bumi
· Terbitnya matahari sebelah barat
· Turunnya Nabi Isa a.s.
· Keluarnya Yakjuj dan Makjuj
· Gerhana di timur
· Gerhana di barat
· Gerhana di jazirah Arab
· Keluarnya api dari kota Yaman menghalau manusia ke tempat pengiringan mereka.

Dajjal maksudnya ialah bahaya besar yang tidak ada bahaya sepertinya sejak Nabi Adam a.s. sampai hari kiamat. Dajjal boleh membuat apa sahaja perkara-perkara yang luar biasa. Dia akan mendakwa dirinya Tuhan, sebelah matanya buta dan di antara kedua matanya tertulis perkataan ‘Ini adalah orang kafir’.

Asap akan memenuhi timur dan barat, ia akan berlaku selama 40 hari. Apabila orang yang beriman terkena asap itu, ia akan bersin seperti terkena selsema, sementara orang kafir pula keadaannya seperti orang mabuk, asap akan keluar dari hidung, telinga dan dubur mereka.

Binatang melata yang dikenali sebagai Dabatul Ard ini akan keluar di kota Mekah dekat gunung Shafa, ia akan berbicara dengan kata-kata yang fasih dan jelas. Dabatul Ard ini akan membawa tongkat Nabi Musa a.s.dan cincin Nabi Sulaiman a.s.
Apabila binatang ini memukulkan tongkatnya ke dahi orang yang beriman, maka akan tertulislah di dahi orang itu ‘Ini adalah orang yang beriman’. Apabila tongkat itu dipukul ke dahi orang yang kafir, maka akan tertulislah ‘Ini adalah orang kafir’.

Turunnya Nabi Isa. a.s. di negeri Syam di menara putih, beliau akan membunuh dajjal. Kemudian Nabi Isa a.s. akan menjalankan syariat Nabi Muhammad s.a.w.

Yakjuj dan Makjuj pula akan keluar, mereka ini merupakan dua golongan. Satu golongan kecil dan satu lagi golongan besar. Yakjuj dan Makjuj itu kini berada di belakang bendungan yang dibangunkan oleh Iskandar Zulqarnain. Apabila keluarnya mereka ini, bilangannya tidak terhitung banyaknya, sehingga kalau air laut Thahatiah diminum nescaya tidak akan tinggal walau pun setitik.

Nabi Muhammad s.a.w. telah bersabda, ” Hari kiamat itu mempunyai tanda, bermulanya dengan tidak laris jualan di pasar, sedikit sahaja hujan dan begitu juga dengan tumbuh-tumbuhan. Ghibah menjadi-jadi di merata-rata, memakan riba, banyaknya anak-anak zina, orang kaya diagung-agungkan, orang-orang fasik akan bersuara lantang di masjid, para ahli mungkar lebih banyak menonjol dari ahli haq”

Berkata Ali bin Abi Talib, Akan datang di suatu masa di mana Islam itu hanya akan tinggal namanya sahaja, agama hanya bentuk sahaja, Al-Quran hanya dijadikan bacaan sahaja, mereka mendirikan masjid, sedangkan masjid itu sunyi dari zikir menyebut Asma Allah. Orang-orang yang paling buruk pada zaman itu ialah para ulama, dari mereka akan timbul fitnah dan fitnah itu akan kembali kepada mereka juga. Dan kesemua yang tersebut adalah tanda-tanda hari kiamat.”

Sabda Nabi Muhammad s.a.w., “Apabila harta orang kafir yang dihalalkan tanpa perang yang dijadikan pembahagian bergilir, amanat dijadikan seperti harta rampasan, zakat dijadikan seperti pinjaman, belajar lain daripada agama, orang lelaki taat kepada isterinya, menderhakai ibunya, lebih rapat dengan teman dan menjauhkan ayahnya, suara-suara lantang dalam masjid, pemimpin kaum dipilih dari orang yang fasik, oarng dimuliakan kerana ditakuti akan tindakan jahat dan aniayanya dan bukan kerana takutkan Allah, maka kesemua itu adalah tanda-tanda kiamat.”

Jumaat, 20 September 2013

Balasan Meninggalkan Solat

Diriwayatkan bahawa pada suatu hari  Rasulullah s.a.w. sedang duduk bersama para sahabat,  kemudian datang pemuda Arab masuk ke dalam masjid dengan menangis. Apabila Rasulullah s.a.w. melihat pemuda itu menangis maka baginda  pun berkata, "Wahai orang muda kenapa kamu menangis?" Maka berkata orang muda  itu, "Ya Rasulullah s.a.w., ayah saya telah meninggal  dunia dan tidak ada kain kafan dan tidak ada orang yang hendak memandikannya."  Lalu Rasulullah s.a.w. memerintahkan Abu Bakar r.a.  dan Umar r.a. ikut orang muda itu untuk melihat masalahnya. Setelah mengikut  orang itu, maka Abu Bakar r.a dan Umar r.a. mendapati ayah orang mudah itu telah  bertukar rupa menjadi babi hitam, maka mereka pun kembali dan memberitahu kepada  Rasulullah s.a.w., "Ya Rasulullah, kami lihat mayat ayah orang ini bertukar  menjadi babi hutan yang hitam."

                        Kemudian Rasulullah s.a.w. dan para sahabat pun pergi ke rumah orang  muda dan Baginda s.a.w. pun berdoa kepada Allah s.w.t., kemudian mayat itu pun bertukar kepada bentuk  manusia semula. Lalu Rasulullah s.a.w. dan para  sahabat menyembahyangkan mayat tersebut. Apabila mayat itu hendak dikebumikan,  maka sekali lagi mayat itu berubah menjadi seperti babi hutan yang hitam, maka  Rasulullah s.a.w. pun bertanya kepada pemuda itu,  "Wahai orang muda, apakah yang telah dilakukan oleh ayahmu sewaktu dia di dunia  dulu?"

                        Berkata orang muda itu, "Sebenarnya ayahku ini tidak mahu mengerjakan solat." Kemudian Rasulullah s.a.w. bersabda, "Wahai para sahabatku, lihatlah keadaan orang yang meninggalkan sembahyang. Di hari kiamat nanti akan dibangkitkan oleh Allah s.w.t. seperti babi hutan yang hitam." Di zaman Abu Bakar r.a ada seorang lelaki yang meninggal dunia dan sewaktu mereka menyembahyanginya tiba-tiba kain kafan itu bergerak. Apabila mereka membuka kain kafan itu mereka melihat ada seekor ular sedang membelit leher mayat tersebut serta memakan daging dan menghisap darah mayat. Lalu mereka cuba membunuh ular itu.

                        Apabila mereka cuba untuk membunuh ular itu,  maka berkata ular tersebut, "Laa ilaaha illallahu  Muhammadu Rasulullah, mengapakah kamu semua hendak membunuh aku? Aku  tidak berdosa dan aku tidak bersalah. Allah s.w.t. yang memerintahkan kepadaku supaya menyeksanya sehingga sampai hari  kiamat."
Lalu para sahabat bertanya, "Apakah kesalahan yang telah dilakukan  oleh mayat ini?"
Berkata ular, "Dia telah melakukan tiga kesalahan, di  antaranya :"
1.
Apabila dia mendengar azan, dia tidak mahu datang  untuk sembahyang berjamaah. 
2.Dia tidak mahu keluarkan zakat  hartanya. 
3.Dia tidak mahu mendengar nasihat para ulama.
Maka inilah balasannya.

Wahyu Terakhir Rasulullah

Diriwayatkan bahawa surah AI-Maa-idah ayat 3 diturunkan pada sesudah waktu
asar iaitu pada hari Jumaat di padang Arafah pada musim haji penghabisan [Wada*].
Pada masa itu Rasulullah  s.a.w. berada di Arafah di atas unta. Ketika ayat ini turun Rasulullah  s.a.w. tidak begitu jelas peneri-maannya untuk mengingati isi dan makna  yang terkandung dalam ayat tersebut. Kemudian Rasulullah s.a.w.  bersandar pada unta beliau, dan unta beliau pun duduk perlahan-lahan.

Setelah itu turun malaikat Jibril a.s. dan berkata:
“Wahai Muhammad,  sesungguhnya pada hari ini telah disempurnakan urusan agamamu, maka  terputuslah apa yang diperintahkan oleh Allah s.w.t.dan demikian juga  apa yang terlarang olehnya. Oleh itu kamu kumpulkan para sahabatmu dan  beritahu kepada mereka bahawa hari ini adalah hari terakhir aku bertemu  dengan kamu.”
Sebaik sahaja Malaikat  Jibril a.s. pergi maka Rasulullah s.a.w. pun berangkat ke Mekah dan  terus pergi ke Madinah.Setelah Rasulullah s.a.w. mengumpulkan para  sahabat beliau, maka Rasulullah s.a.w. pun menceritakan apa yang telah  diberitahu oleh malaikat Jibril a.s.. Apabila para sahabat mendengar hal  yang demikian maka mereka pun gembira sambil berkata: “Agama kita telah sempurna. Agama kila telah sempuma.”
Apabila Abu Bakar r.a.  mendengar keterangan Rasulullah s.a.w. itu, maka ia tidak dapat menahan  kesedihannya maka ia pun kembali ke rumah lalu mengunci pintu dan  menangis sekuat-kuatnya. Abu Bakar ra. menangis dari pagi hingga ke  malam.

Kisah tentang Abu Bakar  r.a. menangis telah sampai kepada para sahabat yang lain, maka  berkumpullah para sahabat di hadapan rumah Abu Bakar r.a. dan mereka  berkata: “Wahai Abu  Bakar, apakah yang telah membuat kamu menangis sehingga begini sekali  keadaanmu? Sepatutnya kamu berasa gembira sebab agama kita telah  sempuma.” Mendengarkan pertanyaan dari para sahabat maka Abu Bakar r.a. pun berkata:
“Wahai para sahabatku,  kamu semua tidak tahu tentang musibah yang menimpa kamu, tidakkah kamu  tahu bahawa apabila sesualu perkara itu telah sempuma maka akan  kelihatanlah akan kekurangannya. Dengan turunnya ayat tersebut bahawa  ianya menunjukkan perpisahan kila dengan Rasulullah s.a.w. Hasan dan  Husin menjadi yatim dan para isteri nabi men-jadi janda.”
Selelah mereka mendengar  penjelasan dari Abu Bakar r.a. maka sedarlah mereka akan kebenaran  kata-kata Abu Bakar r.a., lalu mereka menangis dengan sekuat-kuatnya.  Tangisan mereka telah didengar oleh para sahabat yang lain, maka mereka  pun terus beritahu Rasulullah s.a.w. tentang apa yang mereka lihat itu.  Berkata salah seorang dari para sahabat: “Ya  Rasulullah s.a.w., kami baru bailk dari rumah Abu Bakar r.a. dan kami  men-dapati banyak orang menangis dengan suara yang kuat di hadapan rumah  beliau.” Apabila  Rasulullah s.a.w. mendengar  keterangan dari para sahabat, maka  berubahlah muka Rasulullah s.a.w. dan dengan bergegas beliau menuju ke  rumah Abu Bakar r.a..
Sebaik sahaja Rasulullah  s.a.w. sampai di  rumah Abu Bakar r.a. maka Rasulullah s.a.w. melihat  kesemua mereka yang menangis dan bertanya: “Wahai para sahabatku, kenapakah kamu semua menangis?.” Kemudian Ali r.a. berkata:  “Ya Rasulullah s.a.w., Abu Bakar r.a. mengatakan dengan turunnya ayat  ini membawa tanda bahawa waktu wafatmu telah dekat. Adakah ini benar ya  Rasulullah?.” Lalu Rasulullah s.a.w. berkata: “Semua  yang dikata oleh Abu Bakar r.a. adalah benar, dan sesungguhnya masa  untuk aku meninggalkan kamu semua telah hampir dekat.”
Sebaik sahaja Abu Bakar  r.a. mendengar pengakuan Rasulullah s.a.w., maka ia pun menangis sekuat  tenaganya sehingga ia jatuh pengsan, sementara Ali r.a. pula mengeletar  seluruh tubuhnya. Dan para sahabat yang lain menangis dengan sekuat-kuat  yang mereka mampu. Sehingga gunung-gunung, batu-batu, semua malaikat  yang dilangit, cacing-cacing dan semua binatang baik yang di darat  mahu-pun yang di laut turut menangis.
Kemudian Rasulullullah  s.a.w. bersalam dengan para sahabat satu demi satu dan berwasiat kepada  mereka. Kisah Rasulullah s.a.w. mengalami hidup selepas turunnya ayat  tersebut, ada yang mengatakan 81 hari, ada pula yang mengatakan beliau  hidlip sehingga 50 hari selepas turunnya ayat terscbut, ada pula yang  mengatakan beliau hidup selama 35 hari dari ayat tersebut diturunkan dan  ada pula yang mengatakan 21 hari.

Pada saat sudah dekat ajal  Rasulullah s.a.w., beliau menyu-ruh Bilal azan untuk mengeijakan shalat,  lalu berkumpul para Muhajirin dan Anshar di masjid Rasulullah s.a.w..  Kemudian Rasulullah s.a.w. menunaikan shalat dua raka’at bersama semua  yang hadir. Setelah selesai mengerjakan shalat beliau bangun dan naik ke  atas mimbar dan berkata:
“Alharndulillah, wahai  para muslimin, sesungguhnya saya adalah seorang nabi yang diutus dan  mengajak orang kepada jalan Allah dengan izinnya. Dan saya ini adalah  sebagai saudara kandung kamu, yang kasih sayang pada kamu semua seperti  seorang ayah. Oleh itu kalau ada sesiapa yang mempunyai hak untuk  menuntut, maka hendaklah ia bangun dan membalasi saya sebelum saya  dituntut di hari kiamat.”
Rasulullah s.a.w. berkata  demikian sebanyak 3 kali kemudian bangunlah seorang lelaki yang bernama  ‘Ukasyah bin Muhshan dan berkata: “Demi  ayahku dan ibuku ya Rasulullah s.a.w., kalau anda tidak mengumumkan  kepada kami berkali-kali sudah tentu saya tidak mahu mengernukakan hal  ini.” Lalu ‘Ukasyah berkata lagi:  “Sesungguhnya dalam Perang Badar saya bersamamu ya Rasulullah, pada  masa itu saya mengikuti unta anda dari belakang, setelah dekat saya pun  turun menghampiri anda dengan tujuan supaya saya dapat mencium paha  anda, tetapi anda telah mengambil tongkat dan memukul unta anda untuk  berjalan cepat, yang mana pada masa itu saya pun anda pukul pada tulang  rusuk saya. Oleh itu saya hendak tahu sama ada anda sengaja memukul saya  atau hendak memukul unta tersebut.”
Rasulullah s.a.w. berkata: “Wahai ‘Ukasyah, Rasulullah s.a.w. sengaja memukul kamu.” Kemudian Rasulullah s.a.w. berkata kepada Bilal r.a.: “Wahai Bilal, kamu pergi ke rumah Fatimah dan ambilkan tongkat aku ke mari.” Bilal keluar dari masjid menuju ke rumah Fatimah sambil meletakkan tangannya di alas kepala dengan berkata: “Rasulullah telah menyediakan dirinya untuk dibalas [diqishash].”
Setelah Bilal sampai di  rumah Fatimah maka Bilal pun mem-beri salam dan mengetuk pintu. Kemudian  Fatimah r.a. menyahut dengan berkata: “Siapakah di pintu?.” Lalu Bilal r.a. berkata: “Saya Bilal, saya telah diperintahkan oleh Rasulullah s.a.w. unluk mengambil tongkat beliau.”Kemudian Fatimah r.a. berkata: “Wahai Bilal, untuk apa ayahku minta tongkatnya.” Berkata Bilal r.a.: “Wahai Fatimah, Rasulullah s.a.w. telah menyediakan dirinya untuk diqishash.” Bertanya Fatimah. r.a. lagi: “Wahai Bilal, siapakah manusia yang sampai hatinya untuk menqishash Rasulullah s.a.w.?.”Bilal  r.a. tidak menjawab perlanyaan Falimah r.a., sebaik sahaja Fatimah r.a.  memberikan tongkat tersebut, maka Bilal pun membawa tongkat itu kepada  Rasulullah s.a.w.
Setelah Rasulullah s.a.w.  menerima tongkat tersebut dari Bilal r.a. maka beliau pun menyerahkan  kepada ‘Ukasyah. Melihatkan hal yang demikian maka Abu Bakar r.a. dan  Umar r.a. tampil ke hadapan sambil berkata: “Wahai ‘Ukasyah, janganlah kamu qishash baginda s.a.w. tetapi kamu qishashlah kami berdua.” Apabila Rasulullah s.a.w. mendengar kata-kata Abu Bakar r.a. dan Umar r.a. maka dengan segera beliau berkata: “Wahai Abu Bakar, Umar, dudukiah kamu berdua sesungguhnya Allah s.w.t. telah menetapkan tempatnya untuk kamu berdua.” Kemudian Ali r.a. bangun, lalu berkata: “Wahai  “Ukasyah! Aku adalah orang yang sentiasa berada di samping Rasulullah  s.a.w. oleh itu kamu pukullah aku dan janganlah kamu menqishash  Rasulullah s.a.w.” Lalu Rasultillah s.a.w. berkata: “Wahai Ali, duduklah kamu sesungguhnya Allah s.w.t. telah menetapkan tempatmu dan mengetahui isi hatimu.”
Setelah itu Hasan dan Husin bangun dengan berkata: “Wahai  ‘Ukasyah, bukankah kamu tidak tahu bahawa kami ini adalah cucu  Rasulullah s.a.w., kalau kamu menqishash kami sama dengan kamu  menqishash Rasulullah s.a.w.” Mendengar kata-kata cucunya RasuluUali s.a.w. pun berkata: “Wahai buah hatiku, duduklah kamu berdua.” Berkata Rasulullah s.a.w. “Wahai ‘Ukasyah pukullah saya kalau kamu hendak memukul.” Kemudian ‘Ukasyah berkata: “Ya Rasulullah s.a.w., anda telah memukul saya sewaktu saya tidak memakai baju.” Maka Rasulullah s.a.w. pun membuka baju, sebaik sahaja Rasulullah s.a.w. membuka baju maka menangislah semua yang hadir.
Sebaik sahaja ‘Ukasyah melihat tubuh badan Rasulullah s.a.w. maka ia pun mencium beliau dan berkata; “Saya  tebus anda dengan jiwa saya, ya Rasulullah s.a.w. siapakah yang sanggup  memukul anda. Saya melakukan begini adalah sebab saya hendak menyentuh  badan anda yang dimuliakan oleh Allah s.w.t dengan badan saya. Dan Allah  s.w.t. menjaga saya dari neraka dengan kehormatanmu.” Kemudian Rasulullah s.a.w. berkata: “Dengarlah kamu sekali-an, sekiranya kamu hendak melihat ahli syurga, inilah orangnya.”

Kemudian semua para jemaah  bersalam-salaman atas kegem-biraan mereka terhadap peristiwa yang sangat  genting itu. Setelah itu para jemaah pun berkata: “Wahai  ‘Ukasyah, inilah keuntungan yang paling besar bagimu, engkau telah  memperolehi darjat yang tinggi dan bertemankan Rasulullah s.a.w. di  dalam syurga.”Apabila  ajal Rasulullah s.a.w. makin hampir maka beliau pun memanggil para  sahabat ke rumah Siti Aisyah r.a. dan beliau berkata: “Selamat  datang kamu semua semoga Allah s.w.t. mengasihi kamu semua, saya  berwasiat kepada kamu semua agar kamu semua bertaqwa kepada Allah s.w.t.  dan mentaati segala perintahnya. Sesungguhnya hari perpisahan antara  saya dengan kamu semua hampir dekat, dan dekat pula saat kembalinya  seorang hamba kepada Allah s.w.t dan menempatkannya di syurga. Kalau  telah sampai ajalku maka hendaklah Ali yang memandikanku, Fadhl bin Abas  hendaklah mcnuangkan air dan Usamah bin Zaid hendaklah menolong  keduanya. Setelah itu kamu kapanilah aku dengan pakaianku sendiri  apabila kamu semua menghendaki, atau kapanilah aku dengan kain yaman  yang putih. Apabila kamu memandikan aku, maka hendaklah kamu letakkan  aku di atas balai tempat tidurku dalam rumahku ini. Setelah itu kamu  semua keluarlah sebentar mening-galkan aku. Pertama yang akan  menshalatkan aku ialah Allah s.w.t., kemudian yang akan menshalat aku  ialah Jibril a.s., kemudian diikuti oleh malaikat Israfil, malaikat  Mikail, dan yang akhir
sekali malaikat lzrail  berserta dengan semua para pembantunya. Setelah itu baru kamu semua  masuk beramai-rarnai bershalat ke atasku.”
Sebaik sahaja para sahabat  mendengar ucapan yang sungguh menyayat hati itu maka mereka pun menangis  dengan nada yang keras dan berkata: “Ya  Rasulullah s.a.w. anda adalah seorang Rasul yang diutus kepada kami dan  untuk semua, yang mana selama ini anda memberi kekuatan dalam penernuan  kami dan sebagai penguasa yang menguruskan perkara kami. Apabila anda  sudah tiada nanti kepada siapakah yang akan kami tanya setiap persoalan  yang timbul nanti?.”Kemudian Rasulullah s.a.w. berkata: “Dengarlah  para saha-batku, aku tinggalkan kepada kamu semua jalan yang benar dan  jalan yang terang, dan telah aku tinggalkan kepada kamu semua dua  penasihat yang satu daripadanya pandai bicara dan yang satu lagi diam  sahaja. Yang pandai bicara itu ialah AI-Quran dan yang diam itu ialah  maut. Apabila ada sesuatu persoalan yang rumit di antara kamu, maka  hendaklah kamu semua kembali kepada AI-Quran dan Hadis-ku dan sekiranya  hati kamu itu berkeras maka lembutkan dia dengan mengambil pengajaran  dari mati.”
Setelah Rasulullah s.a.w.  berkata demikian, maka sakit Rasulullah s.a.w. bermula. Dalam bulan  safar Rasulullah s.a.w. sakit selama 18 hari dan sering diziaiahi oleh  para sahabat. Dalam sebuah kitab diterangkan bahawa Rasulullah s.a.w.  diutus pada hari Isnin dan wafat pada hari Isnin. Pada hari Isnin  penyakit Rasulullah s.a.w. bertambah berat, setelah Bilal r.a.  selesaikan azan subuh, maka Bilal r.a. pun pergi ke rumah Rasulullah  s.a.w.. Sesampainya Bilal r.a. di rumah Rasulullah s.a.w. maka Bilal  r.a. pun memberi salam: “Assalaarnualaika ya rasulullah.” Lalu dijawab oleh Fatimah r.a.: “Rasulullah s.a.w. masih sibuk dengan urusan beliau.”  Setelah Bilal r.a. mendengar penjelasan dari Fatimah r.a. maka Bilal  r.a. pun kembali ke masjid tanpa memahami kata-kata Fatimah r.a. itu.
Apabila waktu subuh hampir  hendak lupus, lalu Bilal pergi sekali lagi ke rumah Rasulullah s.a.w.  dan memberi salam seperti permulaan tadi, kali ini salam Bilal r.a.  telah di dengar oleh Rasulullah s.a.w. dan baginda berkata; “Masuklah  wahai bilal, sesungguhnya penyakitku ini semakin berat, oleh itu kamu  suruhlah Abu Bakar mengimarnkan shalat subuh berjemaah dengan mereka  yang hadir.” Setelah  mendengar kata-kata Rasulullah s.a.w.  maka Bilal r.a. pun berjalan  menuju ke masjid sambil meletakkan tangan di atas kepala dengan berkata:  “Aduh musibah.”  Sebaik sahaja Bilal r.a. sarnpai di masjid maka Bilal r.a. pun  memberitahu Abu Bakar tentang apa yang telah Rasulullah s.a.w. katakan  kepadanya.
Abu Bakar r.a. tidak dapat  menahan dirinya apabila ia melihat mimbar kosong maka dengan suara yang  keras Abu Bakar r.a. menangis sehingga ia jatuh pengsan. Melihatkan  peristiwa ini maka riuh rendah dalam masjid, sehingga Rasulullah s.a.w.  bertanya kepada Fatimah r.a.; “Wahai Fatimah apakah yang telah berlaku?.” Maka Fatimah r.a. pun berkata: “Kekecohan kaum muslimin, sebab anda tidak pergi ke masjid.”  Kemudian Rasulullah s.a.w. memanggil Ali r.a. dan Fadhl bin Abas, lalu  Rasulullah s.a.w. bersandar kepada kedua mereka dan terus pergi ke  masjid. Setelah Rasulullah s.a.w. sampai di masjid maka beliau pun  bershalat subuh bersama dengan para jemaah.
Setelah selesai shalat subuh maka Rasulullah s.a.w. pun her-kata: “Wahai  kaum muslimin, kamu semua sentiasa dalam perto-longan dan pemeliharaan  Allah, oleh itu hendaklah kamu semua bertaqwa kcpada Allah s.w.t. dan  mengerjakan segala perintahnya. Sesungguhnya aku akan meninggalkan dunia  ini dan kamu semua, dan hari ini adalah hari pertama aku di akhirat dan  hari terakhir aku di dunia.”
Setelah berkala demikian  maka Rasulullah s.a.w. punpulang ke rumah beliau. Kemudian Allah s.w.t.  mewahyukan kepada malaikat lzrail: “Wahai  lzrail, pergilah kamu kepada kekasihku dengan sebaik-baik rupa, dan  apabila kamu hendak mencabut rohnya maka hendaklah kamu melakukan dengan  cara yang paling lembut sekali. Apabila kamu pergi ke rumahnya maka  minta izinlah lerlebih dahulu, kalau ia izinkan kamu masuk, maka  masukiah kamu ke rumahnya dan kalau ia tidak izinkan kamu masuk maka  hendaklah kamu kembali padaku.”
Sebaik sahaja malaikat  lzrail mendapat perintah dari Allah s.w.t. maka malaikal lzrail pun  turun dengan menyerupai orang Arab Badwi. Setelah malaikat lzrail sampai  di hadapan rumah Rasulullah s.a.w. maka ia pun memberi salam: “Assalaamu  alaikum yaa ahia baitin nubuwwati wa ma danir risaalati a adkhulu?”  [Mudah-mudahan keselamatan tetap untuk kamu semua sekalian, wahai  penghuni rumah nabi dan sumber risaalah, bolehkan saya masuk?” Apabila Fatimah mendengar orang memberi salam maka ia-pun berkata; “Wahai hamba Allah, Rasulullah s.a.w. sedang sibuk sebab sakitnya yang semakin berat.”
Kemudian malaikat lzrail  berkata lagi seperti dipermulaannya, dan kali ini seruan malaikat itu  telah didengar oleh Rasulullah s.a.w. dan Rasulullah s.a.w. bertanya  kepada Falimah r.a.: “Wahai Fatimah, siapakah di depan pintu itu.” Maka Fatimah r.a. pun berkata: “Ya  Rasulullah, ada seorang Arab badwi memanggil mu, dan aku telah katakan  kepadanya bahawa anda sedang sibuk sebab sakit, sebaliknya dia memandang  saya dengan tajam sehingga saya merasa mcnggigil badan saya.” Kemudian Rasulullah s.a.w. berkata; “Wahai Fatimah, tahu-kah kamu siapakah orang itu?.” Jawab Fadmah; “Tidak ayah.”  Dia adalah malaikat lzrail, malaikat yang akan memutuskan segala macam  nafsu syahwat yang memisahkan perkumpulan-perkumpulan dan yang  memusnahkan semua rumah serta mera-maikan kubur.” Fatimah  r.a. tidak dapat menahan air malanya lagi setelah mengetahui bahawa  saat perpisahan dengan ayahandanya akan berakhir, dia menangis  sepuas-puasnya.
Apabila Rasullillah s.a.w. mendengar tangisan Falimah r.a. maka beliau pun berkata: “Janganlah kamu menangis wahai Fatimah, engkaulah orang yang pertama dalam keluargaku akan bertemu dengan aku.” Kemudian Rasulullah s.a.w. pun menjemput malaikat lzrail masuk. Maka malaikat lzrail pun masuk dengan mengucap: “Assalamuaalaikum ya Rasulullah.” Lalu Rasulullah s.a.w. menjawab: “Wa alaikas saalamu, wahai lzrail engkau datang menziarahi aku atau untuk mencabut rohku?” Maka berkata malaikat lzrail:  “Kedatangan saya adalah untuk menziarahimu dan untuk mencabut rohmu,  itupun kalau kamu izinkan, kalau kamu tidak  izinkan maka aku akan  kembali.” Berkata Rasulullah s.a.w.: “Wahai lzrail, di manakah kamu tinggalkan Jibril?” Berkata lzrail: “Saya tinggalkan Jibril di langit dunia, semua para malaikat sedang memuliakan dia.”
Tidak beberapa saat  kemudian Jibril a.s. pun turun dan duduk dekat kepala Rasulullah s.a.w.  Apabila Rasulullah s.a.w. melihat kedatangan Jibril a.s. maka Rasulullah  s.a.w. pun berkata: “Wahai Jibril, tahukah kamu bahawa ajalku sudah dekat” Berkata Jibril a.s.: “Ya aku memang tahu.” Rasulullah s.a.w. bertanya lagi: “Wahai Jibril, beritahu kepadaku kemuliaan yang  menggembirakan aku disisi Allah s.w.t.” Berkata Jibril a.s.: “Sesungguhnya  semua pintu langit telah dibuka, para malaikat bersusun rapi menanti  rohmu dilangit. Kesemua pintu-pintu syurga telah dibuka, dan kesemua  para bida-dari sudah berhias menanti kehadiran rohmu.”

Berkala Rasulullah s.a.w.: “Alharndulillah, sekarang kamu katakan pula tentang umatku di hari kiamat nanti.” Berkata Jibril a.s.: “Allah s.w.t. telah  berfirman yang ber-maksud:
“Sesungguhnya aku telah  melarang semua para nabi masuk ke dalam syurga sebelum engkau masuk  terlebih dahulu, dan aku juga melarang semua umat memasuki syurga  sebelum umatmu memasuki syurga.” Berkata Rasulullah s.a.w.: “Sekarang aku telah puas hati dan telah hilang rasa susahku.” Kemudian Rasulullah s.a.w. berkata: “Wahai lzrail, dekatlah kamu kepadaku.”
Selelah itu Malaikat lzrail pun memulakan tugasnya, apabila roh nya sampai pada pusat, maka Rasulullah s.a.w. pun berkata: “Wahai Jibril, alangkah dahsyatnya rasa mati.” Jibril  a.s. mengalihkan pandangan dari Rasulullah s.a.w. apabila mendengar  kata-kata beliau itu. Melihatkan telatah Jibril a.s. itu maka Rasulullah  s.a.w. pun berkata: “Wahai Jibril, apakah kamu tidak suka melihat wajahku?” Jibril a.s. berkata: “Wahai kekasih Allah, siapakah orang yang sanggup melihat wajahmu dikala kamu dalam sakaratul maut?”
Anas bin Malik r.a. berkata: “Apabila roh Rasulullah s.a.w. telah sampai di dada beliau telah bersabda: “Aku wasiatkan kepada kamu agar kamu semua menjaga shalat dan apa-apa yang telah diperintahkan ke atasmu.” Ali r.a. berkata: “Sesungguhnya  Rasulullah s.a.w. ketika menjelang saat-saat terakhir, telah  mengerakkan kedua bibir beliau sebanyak dua kali, dan saya meletakkan  telinga, saya dengan Rasulullah s.a.w. berkata: “Umatku, umatku.” Telah bersabda Rasulullah s.a.w. bahawa: “Malaikat  Jibril a.s. telah berkata kepadaku; “Wahai Muhammad, sesungguhnya Allah  s.w.t. telah menciptakan sebuah laut di belakang gunung Qaf, dan di  laut itu terdapat ikan yang selalu membaca selawat untukmu, kalau  sesiapa yang mengambil seekor ikan dari laut tcrsebut maka akan  lumpuhlah kedua belah tangannya dan ikan tersebut akan menjadi batu.”

Dosa Manusia Dengan Manusia Lain

Andai ada seorang manusia yang melakukan dosa dengan Allah, lalu kita kutuk. Hina, caci. Kita lemparkan kata - kata kesat dan zalim padanya dan kemudian, kita ajak manusia lain untuk bersekutu dengan kita untuk mencacinya.

Kita keji, dari rupa paras fizikalnya, sehinggalah ke peribadi serta keluarganya. Kita betul - betul jelek melihat dia melakukan dosa dengan Allah.
(sedih aku tengok)

Dan sekarang, semakin lama semakin ramai yang bersetuju untuk mengkeji manusia itu. Keji berjemaah.

Sampai suatu hari, manusia yang dikeji itu, bertaubat dan memohon ampun dari Allah Ta'ala. Jika dia benar - benar insaf, dan mahu bertaubat, kemungkinan besar, taubat dan ampunnya diterima Allah. Maka selesai sudah, dan dia sudah insaf, sudah berubah. Bukan kerana dikeji, tetapi kerana dia mendapat hidayah. Alhamdulillah.

Apa yang tidak selesai.

Dosa kita dengan dia, yang selama ini kita maki caci, keji. Juga mengajak manusia lain untuk mengkeji dia.

'Kalau berdosa dengan manusia, kita kena mintak ampun dari manusia sehingga kita dapat kepastian yang kesalahan kita di ampunkan"

Habis.

Manusia tadi sudah bertaubat dan insyaallah Tuhan ampunkan dia. Tapi kita akan terus berdosa dengan manusia itu sampai bila-bila selagi mana manusia itu tidak memaafkan kita & tidak akan sesiapa pun dpt membantu kita walaupun amalan-amalan kebajikan/kebaikkan kita lakukan semasa di dunia.Kerana itu kita boleh jadi MUFLIS di akhirat kelak disebabkan amalan itu berpindah pada manusia yang pernah kita berbuat kesalahan.jika masih tidak selesai jua maka Allah Ta'ala akan mencampakkan kita di dalam Neraka...

Nauzubillah