Jumaat, 20 September 2013

Dosa Manusia Dengan Manusia Lain

Andai ada seorang manusia yang melakukan dosa dengan Allah, lalu kita kutuk. Hina, caci. Kita lemparkan kata - kata kesat dan zalim padanya dan kemudian, kita ajak manusia lain untuk bersekutu dengan kita untuk mencacinya.

Kita keji, dari rupa paras fizikalnya, sehinggalah ke peribadi serta keluarganya. Kita betul - betul jelek melihat dia melakukan dosa dengan Allah.
(sedih aku tengok)

Dan sekarang, semakin lama semakin ramai yang bersetuju untuk mengkeji manusia itu. Keji berjemaah.

Sampai suatu hari, manusia yang dikeji itu, bertaubat dan memohon ampun dari Allah Ta'ala. Jika dia benar - benar insaf, dan mahu bertaubat, kemungkinan besar, taubat dan ampunnya diterima Allah. Maka selesai sudah, dan dia sudah insaf, sudah berubah. Bukan kerana dikeji, tetapi kerana dia mendapat hidayah. Alhamdulillah.

Apa yang tidak selesai.

Dosa kita dengan dia, yang selama ini kita maki caci, keji. Juga mengajak manusia lain untuk mengkeji dia.

'Kalau berdosa dengan manusia, kita kena mintak ampun dari manusia sehingga kita dapat kepastian yang kesalahan kita di ampunkan"

Habis.

Manusia tadi sudah bertaubat dan insyaallah Tuhan ampunkan dia. Tapi kita akan terus berdosa dengan manusia itu sampai bila-bila selagi mana manusia itu tidak memaafkan kita & tidak akan sesiapa pun dpt membantu kita walaupun amalan-amalan kebajikan/kebaikkan kita lakukan semasa di dunia.Kerana itu kita boleh jadi MUFLIS di akhirat kelak disebabkan amalan itu berpindah pada manusia yang pernah kita berbuat kesalahan.jika masih tidak selesai jua maka Allah Ta'ala akan mencampakkan kita di dalam Neraka...

Nauzubillah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan