Jumaat, 20 September 2013

Balasan Meninggalkan Solat

Diriwayatkan bahawa pada suatu hari  Rasulullah s.a.w. sedang duduk bersama para sahabat,  kemudian datang pemuda Arab masuk ke dalam masjid dengan menangis. Apabila Rasulullah s.a.w. melihat pemuda itu menangis maka baginda  pun berkata, "Wahai orang muda kenapa kamu menangis?" Maka berkata orang muda  itu, "Ya Rasulullah s.a.w., ayah saya telah meninggal  dunia dan tidak ada kain kafan dan tidak ada orang yang hendak memandikannya."  Lalu Rasulullah s.a.w. memerintahkan Abu Bakar r.a.  dan Umar r.a. ikut orang muda itu untuk melihat masalahnya. Setelah mengikut  orang itu, maka Abu Bakar r.a dan Umar r.a. mendapati ayah orang mudah itu telah  bertukar rupa menjadi babi hitam, maka mereka pun kembali dan memberitahu kepada  Rasulullah s.a.w., "Ya Rasulullah, kami lihat mayat ayah orang ini bertukar  menjadi babi hutan yang hitam."

                        Kemudian Rasulullah s.a.w. dan para sahabat pun pergi ke rumah orang  muda dan Baginda s.a.w. pun berdoa kepada Allah s.w.t., kemudian mayat itu pun bertukar kepada bentuk  manusia semula. Lalu Rasulullah s.a.w. dan para  sahabat menyembahyangkan mayat tersebut. Apabila mayat itu hendak dikebumikan,  maka sekali lagi mayat itu berubah menjadi seperti babi hutan yang hitam, maka  Rasulullah s.a.w. pun bertanya kepada pemuda itu,  "Wahai orang muda, apakah yang telah dilakukan oleh ayahmu sewaktu dia di dunia  dulu?"

                        Berkata orang muda itu, "Sebenarnya ayahku ini tidak mahu mengerjakan solat." Kemudian Rasulullah s.a.w. bersabda, "Wahai para sahabatku, lihatlah keadaan orang yang meninggalkan sembahyang. Di hari kiamat nanti akan dibangkitkan oleh Allah s.w.t. seperti babi hutan yang hitam." Di zaman Abu Bakar r.a ada seorang lelaki yang meninggal dunia dan sewaktu mereka menyembahyanginya tiba-tiba kain kafan itu bergerak. Apabila mereka membuka kain kafan itu mereka melihat ada seekor ular sedang membelit leher mayat tersebut serta memakan daging dan menghisap darah mayat. Lalu mereka cuba membunuh ular itu.

                        Apabila mereka cuba untuk membunuh ular itu,  maka berkata ular tersebut, "Laa ilaaha illallahu  Muhammadu Rasulullah, mengapakah kamu semua hendak membunuh aku? Aku  tidak berdosa dan aku tidak bersalah. Allah s.w.t. yang memerintahkan kepadaku supaya menyeksanya sehingga sampai hari  kiamat."
Lalu para sahabat bertanya, "Apakah kesalahan yang telah dilakukan  oleh mayat ini?"
Berkata ular, "Dia telah melakukan tiga kesalahan, di  antaranya :"
1.
Apabila dia mendengar azan, dia tidak mahu datang  untuk sembahyang berjamaah. 
2.Dia tidak mahu keluarkan zakat  hartanya. 
3.Dia tidak mahu mendengar nasihat para ulama.
Maka inilah balasannya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan